-:: Maklumat Terkini ::-


Selamat Datang ke blog rasmi Pusat Akses SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar .Pusat Akses Komuniti Anda.

Perhatian kepada semua murid-murid tahun 6 SK Serkam Darat, kepada sesiapa yang masih belum membuat pendaftran akaun ZOOM-A bagi tahun 2012, sila berjumpa En Muhd Zulkarnine B Zubir segera untuk membuat pendaftaran di bilik ICT.

Kepada semua guru yang ingin menempah penggunaan makmal ICT SKSD, boleh berbuat demikian dengan berhubung terus dengan En Zul Di Makmal ICT atau di Talian 012-2557311.

MAKMAL ICT TELAH BOLEH DIGUNAKAN SECARA RASMI.TETAPI DIBUKA UNTUK P&P DAN TAKLIMAT SAHAJA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH RUJUK JURUTEKNIK YANG BERTUGAS.

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan guru-guru atau warga SKSD yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung terus En Zul. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGAHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL SILA RUJUK GURU PENYELARAS BESTARI ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER ATAU PUN MANA-MANA GURU YANG ARIF TENTANG EMAIL. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Sunday 1 January 2012

-:: Selamat Tahun Baru 2012 ::-

Selamat menyambut tahun baru 2012 dari kami warga unit ICT SKSD. Semoga tahun ini akan memberikan sejuta satu kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Dari itu Unit ICT SKSD telah merencanakan beberapa lagi aktivit yang menarik sepanjang tahun 2012 ini. Semoga semua warga SKSD dapat mengambil bahagian dan turut bersama-sama terus membudayakan ICT dalam P&P.

Thursday 28 April 2011

Bengkel Pemurnian Pembinaan Blog 2011

Khamis-27 April 2011
Bertempat di Makmal Komputer SK Serkam Darat, telah berlansung Bengkel Pemurniaan Pembinaan Blog 2011.Bengkel ini telah dihadiri oleh Juruteknik Komputer sekolah dari seluruh daerah Jasin. Bengkel tersebut telah berlansung dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.oo petang.Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Cik Sufiahana Bt Mahzan (GPB SK Serkam Darat).

Antara pengisian sepanjang bengkel tersebut ialah membina semula blog pusat akses sekolah masing-masing hingga menambahbaikkan bolg tersebut supaya menjadi blog yang menarik.





Diharapkan dengan berakhirnya bengkel tersebut dapat memberikan impak yang baik bagi menyalurkan informasi yang berguna kepada warga sekolah dan semua.